10.11.2016 – Sambutan Deepavali
Pada minggu ini, pihak PDK TPG, telah mengadakan sambutan deepavali bagi meraikan pelatih yang berbangsa India. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan pemakaian sari dan jamuan di mana makanan yang dihidang merupakan makanan tradisional India. Pertandingan sari diadili oleh guru-guru di PDK. Para pelatih dibantu oleh para ibu dalam pemakaian sari dan markah akan diambil berdasarkan pemakaian sari yang paling kemas.
Seterusnya, antara hidangan yang dihidangkan ialah roti canai, kuah dal dan banyak lagi makanan tradisional india. Makanan ini kebanyakannya dibawa oleh para ibu dan guru di situ.
Antara pengalaman yang dapat saya kongsi di sini ialah, berlakunya suasana harmoni di PDK ini apabila mereka menyambut sambutan deepavali semata-mata untuk meraikan pelatih yang berbangsa india dan untuk mempunyai pengalaman yang baru dalam mendalami budaya kaum lain. Perkara ini perlu dicontohi dan dilakukan di setiap PDK bagi memastikan keharmonian setiap pelatih dan mengeratkan lagi hubungan antara pelatih, ibu bapa dengan guru. Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli PDK yang melibatkan ibu bapa, guru dan pelatih itu sendiri.