(20/10/16) – Hari Sukan
Pada minggu ini, kami berpeluang menyertai hari sukan yang diadakan di pdk TPG. Pdk ini akan membuat hari sukan untuk menanam semangat kesukanan di dalam diri pelatih dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa, pelatih dan guru di situ. Antara sukan yang diacarakan pada hari tersebut ialah sidai baju di ampaian, pecahkan belon, perah span air ke dalam botol dan banyak lagi acara yang menarik.
Hari sukan ini merupakan kali pertama saya alami kerana ia dari kalangan pelatih pdk yang kebanyakannya merupakan umur lebih tua daripada kami. Jadi saya berasa sangat seronok dan terhibur melihat telatah mereka yang bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap acara untuk memenangi acara tersebut.
Selain itu, acara untuk ibu bapa juga menarik, iaitu memasukkan paku di dalam botol, mengupas bawang putih dan telur, tiup bola ping pong dan banyak lagi. Melalui aktiviti ini, hubungan antara ibu-ibu semakin erat dan kami juga dapat berinteraksi dan bermesra dengan ibu-ibu di sini.
Antara perkara yang saya pelajari daripada hari sukan ini ialah aktiviti ini merupakan perkara yang bukan mudah untuk dijayakan dan pihak pdk telah berjaya melakukannya. Selain itu, pihak pdk ini juga memberi peluang kepada saya untuk menjadi pengadil di mana ia merupakan pengalaman kali pertama saya dan sangat seronok untuk melakukannya.