08.12.2016 - Hari Anugerah Kecemerlangan
Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di PDK TPG dan terdapat program besar yang telah berlangsung pada hari tersebut iaitu hari anugerah kecemerlangan pelatih.
Apabila kami tiba di PDK, kami terus berpecah mengikut tugasan masing-masing. Seperti saya, saya merupakan AJK Jamuan, dan saya terus membantu dalam proses penyediaan makanan dan membantu memberi makanan kepada guru, ibubapa dan pelatih yang hadir pada hari tersebut. Selesai tugasan saya di bahagian makanan, saya menuju ke dewan untuk melihat persembahan daripada pelatih-pelatih. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah nyanyian lagu Gemuruh, tarian dan pakaian beragam dan diakhiri dengan persembahan daripada kami iaitu nyanyian lagu Dengarlah Bintang Hatiku.
Antara perkara yang membuatkan hati kami menjadi sayu adalah ketika kami sedang melakukan persembahan, pelatih-pelatih yang berada di bawah pentas datang naik ke pentas untuk sama-sama menyanyi dengan kami. Situasi ini sangat menyentuh perasaan saya dan rakan-rakan yang lain.
Setelah selesai menjamu selera dengan pelatih-pelatih, kami membantu guru-guru untuk mengemas dan membersihkan PDK dan hari kami diakhiri dengan sesi fotografi dengan guru-guru di sana serta pasukan sukarelawan yang hadir pada hari itu.