13.10.2016 - Pengenalan
Seperti kita tahu, pada minggu ini merupakan minggu pertama kami di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) masing-masing mengikut kumpulan. Begitu juga dengan kumpulan kami iaitu kumpulan PDK Teluk Panglima Garang (TPG). Pada minggu ini, kami telah bertemu dengan guru penyelaras di PDK tersebut iaitu Puan Umi dan diberi sedikit penerangan dan pengenalan tentang PDK itu. Antara hasil pengenalan yang diberi, kami dapati bahawa PDK itu sudah lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1980 an lagi. Hal ini terbukti dengan pembangunan di situ. Walaupun bangunannya tidak semewah mana, namun pembahagian kelas yang banyak menunjukkan PDK ini sudah lama berkhidmat.
Kelas di situ terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C, D dan Quranis. Setiap kumpulan terbahagi mengikut kategori masing-masing. Pertama, Kumpulan A merupakan kelas untuk kategori pelatih yang mengalami masalah cerebral palsy. Kedua, Kumpulan B me
Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan telah bertemu dengan penyelaras di PDK untuk diberi sedikit penerangan. Setelah diberi sedikit penerangan tentang PDK tersebut, kami menuju ke salah satu kelas yang terdapat di PDK iaitu digelar kumpulan Quranis yang bertempat di masjid. Kami telah berjalan kaki dari pdk ke masjid dan perjalanan ke sana mengambil masa dalam 8 minit.
Setelah memperkenalkan diri di situ, kami menuju kembali ke pdk dan berkenalan dengan guru-guru lain dan pelatih di sana. Pada jam 12.00pm kami berkumpul dengan salah seorang guru di pdk iatu Pn Zaiton untuk menyusun jadual. Jadual ini bertujuan untuk membahagikan mahasiswa/siswi kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang terdapat di pdk.