01.12.2016 - Pengenalan Peralatan |
|
Pada minggu ini, kami diminta untuk membantu guru di PDK mengemas stor. Di samping itu, kami juga berbincang tentang persediaan tentang persembahan yang akan dibuat pada minggu hadapan dengan guru penyelaras di PDK untuk persembahan yang akan kami lakukan ketika majlis anugerah kecemerlangan .
Di samping itu, kami juga telah membuat pemerhatian terhadap peralatan yang digunakan di PDK bagi membantu proses pembelajaran guru-guru di sana dan pemerhatian ini dibantu oleh guru penyelaras kami iaitu Pn Zaiton. Antaranya ialah frame stand, orthopedic shoe, kerusi roda, peanut ball, walking frame, wedges patung-patung untuk membantu pelatih dalam pengajaran pengurusan diri dan cermin yang digunakan bagi kawalan air liur. Sambil kami mempelajari nama-nama peralatan yang terdapat di PDK itu, kami juga membuat terapi dengan menggunakan peralatan tersebut untuk lebih mengetahui dengan lebih dalam tentang peranannya.
Jadi, kesimpulan untuk hari ini ialah saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang peralatan yang digunakan untuk membantu pelatih-pelatih di PDK ini terutama sekali kepada pelatih yang mengalami celebral palsy dan memerlukan terapi yang konsisten